fbpx

RM1.73 bilion diperuntukan Belanjawan Johor 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz membentangkan Belanjawan Johor 2023 berjumlah RM1.73 bilion pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2023) Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, hari ini. - Foto PEJABAT MENTERI BESAR

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2023 berjumlah RM1.73 bilion bertemakan ‘Maju Johor Makmur Bersama Rakyat’.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap dalam pembentangan bajet itu berkata, enam teras utama digariskan sebagai tunjang demi pembangunan negeri Johor tahun hadapan.

Menurutnya, peruntukan itu sebagai inisiatif kesinambungan perjuangan memartabatkan pertubuhan ekonomi Johor yang gemilang sejak zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar yang dipilih dan didukung serta dirangka bersama 3.28 juta rakyat negeri ini.

“Pada tahun 2023, unjuran hasil kerajaan negeri Johor adalah RM1,734.18 juta, unjuran perbelanjaan pada tahun 2023 adalah sebanyak RM1,731.74 juta, angka-angka ini menunjukkan Belanjawan 2023 merupakan Belanjawan Lebih berjumlah RM2.44 juta.

“Sejumlah RM1,126.74 juta diperuntukkan bagi tujuan Belanja Mengurus. Pecahan mengurus meliputi Emolumen (RM559.54 juta), Perkhidmatan dan Bekalan (RM316.73 juta), Aset (RM27.86 juta), Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (RM209.37 juta) dan lain-lain perbelanjaan (RM13.24 juta),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata, pada 14 Jun yang lalu telah menyampaikan amanat pertama selaku Menteri Besar Johor yang baharu.

Ujarnya, dalam amanat tersebut beliau telah memperkenalkan Agenda Maju Johor yang menggariskan enam teras sebagai teras utama dalam memastikan visi menjadikan Johor maju bakal menjadi realiti.

Enam teras dalam urus tadbir belanjawan 2023 ialah Urus Tadbir Kerajaan; Pembangunan Ekonomi; Jaringan Sosial; Kemudahan dan Keperluan Asas; Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar serta keenam ialah Orang Muda Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI