fbpx

12,553 kanak-kanak di Indonesia dijangkiti HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar memegang reben merah ketika acara Hari AIDS Sedunia di Medan pada 2 Disember 2018. - Agensi

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia mendedahkan bahawa seramai 12,553 kanak-kanak di bawah usia 14 tahun dijangkiti virus kurang imun (HIV) dari 2010 hingga 2022, lapor saluran berita Voa Indonesia.

Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit, Imran Pambudi berkata, tidak semua kanak-kanak itu mendapat rawatan.

“Jika dilihat secara keseluruhan, terdapat kira-kira 12,553 kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah yang disahkan status HIV antara 2010 hingga September 2022.

“Daripada 12,553 kes, hanya sekitar 7,800 kanak-kanak telah menerima rawatan. Bilangan pesakit lelaki lebih banyak berbanding perempuan,” kata Imran ketika acara Hari AIDS Sedunia kelmarin.

Menurut Imran, kadar jangkitan HIV di Indonesia adalah sekitar 0.26 peratus dengan risiko tertinggi di wilayah Papua dan Papua Barat yang mencapai 1.8 peratus.

Namun begitu, Kementerian Kesihatan mendakwa dalam tempoh 2010 hingga 2020, terdapat kemajuan dalam pencegahan HIV-AIDS di Indonesia.

Menurut Imran, penurunan kes berlaku hasil daripada kawalan pantas pemerintah yang memberi tumpuan kepada pencegahan dan pengembangan berskala besar dengan terapi antiretroviral.

“Namun, jika dibandingkan dengan sasaran, usaha lebih gigih diperlukan untuk mencapai sasaran, terutama selepas berlakunya pandemik Covid-19 yang mengurangkan liputan program kesihatan,” kata Imran.

Kementerian Kesihatan Indonesia sebelum ini menetapkan matlamat untuk menamatkan penularan HIV menjelang 2030. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI