fbpx

Pesawat tersangkut pada kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pesawat ringan tersebut ketika ia tersangkut pada menara elektrik. - @mcfrsPIO/Twitter

GAITHERSBURG, MARYLAND – Dua individu mengalami detik cemas terperangkap  selama tujuh jam di dalam sebuah pesawat ringan yang tersangkut pada kabel elektrik dalam kejadian di negeri Maryland, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Pesawat enjin tunggal jenis Mooney M20J itu melanggar kabel elektrik voltan tinggi dekat  Goshen Road dan Rothbury Drive ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Daerah Montgomery, bandar Gaithersburg kira-kira pukul 5.30 petang (waktu tempatan) Ahad lepas.

Juruterbang dan penumpang berjaya diselamatkan sekitar pukul 12.30 tengah malam dan dikejarkan ke fasiliti kesihatan berdekatan kerana kecederaan serius. Seorang pegawai berkata,  kedua-dua mereka mengalami kecederaan  termasuk trauma serta hipotermia. Mereka bagaimanapun dijangka selamat.

“Kedua-dua mangsa nampak baik ketika ini, namun situasi mereka tidak menentu kerana tergantung pada ketinggian 30.5 meter pada kabel  yang mempunyai aliran elektrik,” kata ketua jurucakap Perkhidmatan Bomba & Penyelamat Daerah Montgomery, Pete Piringer.

Insiden itu menyebabkan beribu-ribu penduduk setempat ribuan mengalami gangguan bekalan elektrik malam Ahad lalu.

Pasukan tindak balas kecemasan memberi fokus untuk menyelamatkan dua mangsa berkenaan yang terperangkap di dalam pesawat sebelum kerja menyambung semula bekalan elektrik dilakukan.

Menurut Ketua Bomba Montgomery, Scott Goldstein, petugas-petugas kecemasan perlu terlebih dahulu memastikan tiada elektrik statik atau sisa kuasa yang boleh mencetuskan renjatan.

Mereka kemudian berjaya mengalihkan pesawat ke struktur menara bagi mengelakkan pergerakan dan getaran sekitar pukul 12.15 tengah malam (waktu tempatan).

Sejurus keadaan dipastikan selamat, pasukan tersebut mula mengeluarkan kedua-dua  mangsa berkenaan daripada  pesawat , kata Goldstein.

Pentadbiran Aviasi Persekutuan berkata, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Daerah Westchester di New York sebelum merempuh kabel pencawang elektrik tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI