fbpx

Netizen bingung skuter tergantung atas kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan skuter tersebut yang tergantung di atas kabel elektrik membuatkan ramai kehairanan bagaimana ia boleh berada di situ. – Twitter

NEW DELHI – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan sebuah motosikal jenis skuter tergantung di atas kabel elektrik di bandar Jammu, wilayah Jammu dan Kashmir, lapor laman berita India Times hari ini.

Beberapa penduduk yang lalu lalang dilihat turut merakam gambar skuter tersebut sambil menyatakan rasa hairan melihat bagaimana kenderaan itu boleh tergantung dalam  keadaan seperti itu.

Sebilangan netizen berkata,  skuter itu diterbangkan angin ketika kejadian ribut pada 18 Jun lalu.

Namun, tiada individu yang mengesahkan perkara tersebut.

Video skuter itu tular di laman Twitter dan menerima pelbagai komen netizen.

“Sila parkir motosikal anda di tempat yang paling selamat,” kata seorang netizen.

“Mungkin ia skuter elektrik, jadi, ia sedang dicas secara terus (menggunakan talian elektrik),” ujar pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI