fbpx
Aminuddin Harun (tengah) membuat gimik penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) sambil disaksikan Tun Arifin Zakaria (dua dari kiri) pada majlis penutup di Kawasan Lapang Pantai Batu 1, Port Dickson, hari ini. Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Lebih 120,000 pengunjung hadir MSAM 2022 Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Minggu Saham Amanah Malaysia 2022 (MSAM 2022) mencatatkan kehadiran pengunjung melebihi 120,000 orang 24 November lalu hingga hari ini.

Menurut Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Arifin Zakaria, beliau berbesar hati kerana MSAM 2022 turut menarik perhatian pengunjung muda.

“Saya difahamkan sepanjang MSAM diadakan, lebih daripada 120,000 orang ramai telah mengunjungi, di mana sejumlah 17,000 pengunjung terdiri daripada kanak-kanak dan pelajar sekolah.

“Alhamdullilah, ini membantu usaha PNB melahirkan lebih ramai masyarakat yang celik kewangan khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya pada Majlis Penutup MSAM 2022 yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tambahnya, walaupun pihaknya telah kembali menganjurkan MSAM secara fizikal, agenda digital tetap diberi keutamaan.

“Kami telah membuat perkongsian secara intensif di media sosial agar orang ramai yang tidak dapat hadir secara fizikal tetap dapat merasai kemeriahan MSAM 2022.

“Alhamdulillah usaha ini telah mendapat maklum balas yang begitu menggalakkan,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

POPULAR