fbpx

Cuaca buruk di beberapa negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk itu turut diramalkan melanda Langkawi, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Perak di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala Kelantan di Gua Musang.

“Terengganu di Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sarawak iaitu di Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Kata MetMalaysia, Sabah pula diramalkan di Pedalaman (Nabawan), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI