fbpx

Bomba Kelantan siasat empat anggota terlibat kes dadah, ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal (berdiri, dua dari kiri) bergambar bersama anggota bomba yang menerima sijil sukan selepas Perhimpunan Bulanan Kali Ke-6 JBPM Kelantan di Tunjong, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menyiasat empat anggota jabatan tersebut selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah dan ketum.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, dua daripada anggota yang terlibat itu merupakan petugas pasukan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dipercayai terbabit dengan ketum dan dadah jenis methamphetamine.

Katanya, keempat-empat anggota berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an boleh dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja jika disabitkan bersalah.

“Perbuatan mereka ini sangat berat malah turut menjejaskan imej pasukan bomba.

“Keempat-empat anggota itu dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah selepas proses pemutihan dilakukan baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kali Ke-6 JBPM Kelantan di Tunjong hari ini.

Menurut Zainal, proses pemutihan itu dilakukan bagi memastikan pegawai dan anggota bomba negeri ini tidak terbabit dengan kegiatan terlarang termasuk penyalahgunaan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI