fbpx

ATM hantar barangan keperluan Malbatt di Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAZID (kanan) bersalaman dengan kru KD Mahawangsa sebelum mereka berlepas ke Lebanon di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

LUMUT – Markas Angkatan Bersama dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) buat julung kali melaksanakan inisiatif pergerakan ulang bekal atau penghantaran barangan keperluan untuk pasukan misi pengaman Malaysia ke Lebanon atau Malbatt 850-10.

Panglima Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad berkata, kerjasama yang dijalin oleh dua markas pemerintahan itu menggunakan Kapal Diraja (KD) Mahawangsa mula berlepas hari ini dan dijangka tiba di Pelabuhan Beirut pada 2 Januari tahun depan.

“Pelayaran kali ini membawa 203 orang terdiri daripada 18 pegawai, 169 kru kapal dan 16 petugas bantuan sokongan, akan belayar selama kira-kira dua bulan dan dijangka tiba semula ke sini pada 4 Februari tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelepasan tali kapal tersebut di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Menurut beliau, kapal itu membawa enam trak tiga tan metrik jenis GS Cargo, dua trak satu tan metrik, sebuah ambulan, keperluan peluru dan bahan letupan, peralatan komunikasi dan barangan untuk kegunaan aktiviti kerjasama awam-tentera (CIMIC).

Beliau memaklumkan kapal yang sama juga akan digunakan untuk membawa pulang beberapa barangan tertentu daripada pegangan Malbatt 850 di Lebanon ke tanah air.

Menurut beliau, inisiatif itu juga sebagai alternatif kepada kaedah penghantaran yang lazimnya dilaksanakan menggunakan perkhidmatan syarikat pengangkutan swasta seperti Malaysian Airlines (MAS) dan syarikat perkapalan swasta melalui kaedah sewa atau kontrak.

Katanya, penugasan itu juga secara tidak langsung dapat menguji kesiapsiagaan kru dan aset terlibat dalam melaksanakan misi ulang bekal jarak jauh ke luar negara.

Pada masa sama, jelasnya, ia dapat menguji kemahiran kru kapal dalam melaksanakan tugas hakiki terutamanya ketika melalui kawasan navigasi terhad seperti di Terusan Suez, penugasan pasukan logistik terutamanya dalam aspek pengurusan, pengendalian rekod, dan sistem di kapal yang digunakan untuk penghantaran logistik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI