fbpx

38 rumah, dua sekolah rosak teruk dilanda angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah rumah yang rosak teruk ekoran dilanda hujan ribut dan angin kencang petang semalam di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Sebanyak 38 buah rumah membabitkan lima kampung di Pulau Gaya, rosak teruk ekoran dilanda hujan ribut dan angin kencang petang semalam.

Semua rumah penduduk yang terjejas adalah membabitkan 18 buah rumah di Kampung Lobong manakala Kampung Torong Lobong dan Kampung pondo masing-masing terdapat sembilan buah rumah mengalami kerosakan.

Kampung Kesuapan dan Seradan Rampayan pula masing-masing hanya terdapat satu buah rumah terjejas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, turut terjejas beberapa kemudahan asas termasuklah Jeti Torong Lobong, dua bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya dan sebahagian struktur Balai Polis Pulau Gaya.

Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan turut mengeluarkan amaran waspada.

Menurut kenyataan berkenaan, cuaca buruk melibatkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir itu dijangka akan berterusan sehingga Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI