fbpx

Nenek bikin mesin basuh jadi sinki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar warga emas sedang membasuh pinggan di mesin basuh yang dinovasi olehnya menjadi sinki.

PETALING JAYA – Kekreatifan seorang warga emas dalam menginovasikan mesin basuh terpakai menjadi sinki basuh pinggan raih pujian orang ramai.

Perkongsian sebuah video di akaun TikTok @huda_jahar memaparkan seorang ‘nenek’ yang kreatif dalam menginovasi barang terpakai seperti inovasi mesin basuh yang rosak menjadi sinki untuk membasuh pinggan.

Video tersebut seterusnya tular dan mengundang pelbagai respon dan reaksi daripada orang ramai termasuklah rasa kagum dengan idea dan pemikiran warga emas yang berusia 70 tahun itu.

“Hebat nenek. Orang lama memang kreatif, macam emak aku, dia gunakan peti sejuk yang telah rosak untuk simpan barang-barang kering,” komen seorang pengguna TikTok.

“Kreatifnya makcik, pandai berjimat, tidak mahu membazir dan sayang pada barang-barang, dia tidak mahu buang begitu sahaja mesin itu,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

Dalam sudut lain, terdapat juga orang ramai yang menyifatkan warga emas tersebut sebagai seorang yang gigih dan bijak dalam mengendalikan barang-barang yang rosak menjadi barang yang berguna.

“Di usia 70 tahun masih lagi gigih membuat kerja rumah dan sebagainya, saya memang tabik hormat dengan nenek, badan pun nampak cergas sahaja,” tulis pengguna TikTok itu.

“Hebat sungguh nenek, semua benda dibuat jadi berguna, semoga nenek sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, nanti lepas ini boleh tukar peti sejuk jadi tempat letak kain pula,” komen pengguna yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 300,000 tontonan, 8,795 tanda suka dengan 1360 perkongsian dan dimeriahkan dengan pelbagai komen positif daripada orang ramai- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI