fbpx

MIDF lulus pembiayaan RM17.23 bilion sejak penubuhannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungk booth pameran MIDF sempena Minggu Saham Amanah Malaysia PNB di Kawasan Lapang Pantai Batu 1, di sini, hari ini. FOTO/ MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM17.23 bilion bagi membantu perniagaan tempatan berkembang maju sejak penubuhannya pada tahun 1960.

Naib Presiden Eksekutifnya, Ahmad Farouk Mohamed berkata, jumlah berkenaan adalah setakat 31 Oktober lalu, yang mana secara keseluruhan, lebih 13,083 syarikat telah dibantu supaya lebih berdaya saing.

Menurutnya, untuk tahun ini sahaja, MIDF telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM646.06 juta kepada 1,226 syarikat.

“Dalam tempoh lebih 60 tahun, MIDF berkembang kepada tiga tonggak utama iaitu kewangan pembangunan, bank perlaburan dan pengurusan aset. Misi kami adalah membantu pelanggan dalam merebut peluang, serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara dengan menyediakan produk dan perkhidmatan dalam tiga tonggak utama tersebut.

“Kami akan terus progresif dan inovatif menggunakan kepakaran kami dalam pasaran modal untuk merebut peluang bagi mengukuhkan kedudukan dalam industri kewangan dan perbankan,” katanya.

Beliau ditemui di booth pameran MIDF sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Kawasan Lapang Pantai Batu 1, di sini, hari ini.

Ahmad Farouk turut mengalu-alukan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) untuk membuat pelaburan melalui MIDF sejajar dengan hasrat penubuhannya bagi membantu sektor korporat termasuk IKS.

“Kekuatan kami adalah menyediakan khidmat perlaburan kepada IKS supaya dapat lebih berkembang maju. Terdapat kriteria yang ditetapkan antaranya yang utama ialah 50 peratus dari pemegang saham haruslah merupakan warganegara Malaysia,” katanya.

Tambah Ahmad Farouk, sektor korporat dan usahawan IKS yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian atau tampil ke mana-mana cawangan MIDF berhampiran. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI