fbpx

Lebih RM3 juta dirampas judi Piala Dunia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM 3,177,293 had kredit di dalam perisian antara yang dirampas polis menerusi Ops Soga IX yang dilancarkan sepanjang 19 November hingga 21 Disember di seluruh negara.

Operasi itu dilakukan susulan usaha mengekang aktiviti judi dan pertaruhan sepanjang kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, Ops Soga IX memfokuskan usaha mencegah dan membanteras kegiatan catit taruh tanpa lesen yang sah.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 129 serbuan dilakukan di seluruh negara membawa kepada penangkapan 152 individu yang terlibat dengan aktiviti perjudian ini.

“Hasil serbuan membawa kepada rampasan RM3,177,293 had kredit di dalam perisian serta wang tunai bernilai RM113,140, SGD500, dan HKD356,940,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut Noorsiah, turut dirampas beberapa komputer, komputer riba, tablet, telefon bimbit, router, simkad, dan helaian kertas mempunyai catatan disyaki untuk pertaruhan.

“Kesemua yang ditangkap akan disiasat dibawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” kata beliau.

Tegas beliau, PDRM akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjurkan dan menjalankan pertaruhan, berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani aktiviti perjudian. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI