fbpx

Enam keluarga terselamat, deretan rumah di Pekan Lama terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran deretan rumah kayu di Pekan Lama, Sungai Petani pada malam tadi.

SUNGAI PETANI – Enam keluarga terselamat dalam kebakaran deretan rumah di Pekan Lama di sini pada malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lima rumah terbakar 95 peratus manakala sebuah lagi rumah kira-kira 30 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 10.13 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati api sedang marak di deretan rumah berstrukturkan kayu itu.

“Kebakaran dipercayai berpunca dari sebuah rumah di bahagian tengah sebelum merebak ke unit lain,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, BBP Amanjaya serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani dan Bedong berjaya mengawal kebakaran kebakaran dalam masa 10 minit.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.56 tengah malam tadi,” ujarnya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tiada mangsa terlibat.

“Selain rumah, terdapat sebuah motosikal turut terbakar dalam kejadian itu,” katanya.

Tambahnya, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI