fbpx
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Wira dalam kemalangan di Jalan Kluang-Simpang Renggam berhampiran Kampung Sungai Sayong, Kluang, petang hari ini.

Dua dijemput Ilahi, 6 cedera Proton Wira bertembung van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Dua remaja maut manakala enam mangsa cedera selepas terlibat dalam nahas melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Kluang – Simpang Renggam berhampiran Kampung Sungai Sayong, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.29 petang itu, mangsa, Muhammad Khairul Rosli, 17, dan Muhammad Haziq Haiqal Mohd. Faizal, 20, meninggal dunia akibat tersepit dalam kereta jenis Proton Wira.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor berkata, nahas melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Wira dan Van Camplacer.

Katanya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera FRT di ketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shoromi Salih dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta Proton Wira dinaiki empat orang lelaki dengan dua daripadanya tersepit dibahagian tempat duduk pemandu dan penumpang belakangnya sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala dua lagi penumpang kereta serta empat penumpang van mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa dikeluarkan oleh pengguna jalan raya sebelum ketibaan anggota bomba dan telah dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fauzi, dua mangsa yang tersepit terpaksa dikeluarkan dengan memotong sebahagian rangka kereta menggunakan alat pemotong khas.

Ujarnya lagi, mangsa yang meninggal dunia seterusnya diserahkan kepada pihak polis dan operasi ditamatkan pada pukul 5.14 petang.-  KOSMO! ONLINE

POPULAR