fbpx

Virus mirip Covid-19 dikesan di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua saintis membuat kajian di sebuah makmal di Institut Virologi Wuhan, China. - Getty Images

BEIJING – Sejenis virus seperti Covid-19 dikesan pada kelawar di selatan China dengan pakar-pakar perubatan menyuarakan kebimbangan bahawa ia boleh berjangkit kepada manusia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Virus yang dikenali sebagai BtSY2 itu mempunyai kaitan rapat dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2) yang menjadi punca kepada wabak Covid-19 dan telah membunuh lebih enam juta orang di seluruh dunia selepas ia didakwa pertama kali muncul di China pada tahun 2019.

Ia merupakan satu daripada lima jenis ‘virus yang dibimbangi’ yang ditemui pada kelawar di seluruh wilayah Yunnan dan berkemungkinan menjadi patogen kepada manusia atau haiwan ternakan, kata saintis-saintis.

Penyelidikan yang membimbangkan mengenai kelawar itu diketuai oleh pakar-pakar di Universiti Sun Yat-sen, Institut Kawalan Penyakit Endemik Yunnan dan Universiti Sydney, lapor portal berita MailOnline.

“Kami mengenal pasti lima spesies virus yang berkemungkinan menjadi patogenik kepada manusia atau ternakan termasuk virus korona penggabungan semula seperti SARS yang berkait rapat dengan kedua-dua SARS-CoV-2 dan 50 SARS-CoV.

“Kajian kami menyerlahkan kejadian biasa tentang penghantaran antara spesies dan jangkitan bersama virus kelawar serta implikasinya terhadap kemunculan virus tersebut,” kata kertas kajian tersebut.

Pasukan penyelidik dalam masa sama turut memberi amaran mengenai penyakit zoonotik baharu, yang disebabkan oleh patogen yang menular kepada manusia daripada haiwan.

Patogen merupakan mikroorganisme yang mampu menyebabkan penyakit. Mikrob tersebut dapat menjadikan imuniti tubuh menjadi lemah dan merebak dalam populasi manusia menerusi pelbagai cara.

Sementara itu, dalam kajian tersebut, para penyelidik mengumpulkan sampel rektum 149 kelawar daripada 15 spesies di enam daerah bandar di seluruh wilayah Yunnan. 

RNA, atau asid nukleik yang hadir dalam sel hidup kemudian diekstrak dan disusun secara individu untuk setiap kelawar.

Apa yang membimbangkan adalah hasilnya mendapati berlakunya kekerapan tinggi bagi berbilang virus yang menjangkiti setiap seekor kelawar pada satu-satu masa.

“Ini boleh menyebabkan virus sedia ada menukar bit kod genetiknya, satu proses yang dikenali sebagai ‘penggabungan semula’ untuk membentuk patogen,” kata pakar virologi dari Universiti Nottingham, Profesor Jonathan Ball.

Menurut Ball, mesej utama yang diketengahkan adalah individu boleh menampung sejumlah besar spesies virus yang berbeza namun, kadang-kadang menjadi perumah kepada virus pada masa sama.

“Jangkitan bersama seperti itu, terutamanya dengan virus berkaitan seperti virus korona memberi peluang kepada virus untuk menukar maklumat genetik yang kritikal dan secara semula jadi menimbulkan varian baharu,” katanya kepada akhbar The Telegraph. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI