fbpx
PELAKON Fezrul Khan menyifatkan Reen Rahim sebagai wanita yang mahukan perhatian.

Ramai lagi heroin lebih bagus – Fezrul Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Minah ini nak perhatian. Nak tunjuk yang dia bagus?”

Itu kata pelakon Fezrul Khan berhubung dakwaan sengaja mencekik leher aktres Reen Rahim dengan kuat ketika mereka sama-sama menjayakan penggambaran sebuah babak dalam filem Batu Syaitan.

Biarpun sudah dimaafkan atas perbuatan yang dilakukan, Fezrul seolah-olah masih tidak berpuas hati apabila ditengking dengan kuat pelakon wanita itu sebaik sahaja selesai rakaman babak berkenaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Fezrul dalam InstaStorynya, pelakon berusia 40 tahun itu mengakui, jika benar dia melakukan kesalahan, perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara baik ketika di set penggambaran.

“Kalau sakit kita oleh ‘cut’. Saya banyak kali ‘kemalangan’ ketika berlakon. Boleh cakap elok-elok. Bukannya menjerit.

“Nak tunjuk yang dia bagus? Dia ingat saya tak ada latihan untuk selamatkan orang? Kru pengsan di set penggambaran pun saya pernah selamatkan,” kata Fezrul.

Disebabkan terlalu geram, Fezrul telah meminta agar Reen menari sahaja dalam TikTok berbanding menjadi pelakon jika tidak boleh menerima kesakitan.

“Suruh dia menari dalam TikTok, tak payah perlakon. Kalau sakit sikit menjerit. Banyak lagi heroin lagi bagus daripada dia dan tahu nak hormat orang lain.

“Ramai nasihatkan saya tak payah layan ‘minah’ ini. Respek itu penting dalam apa jua kerja berpasukan dalam produksi,” tulisnya.

Terdahulu, Reen meluahkan kekesalan kerana berasakan babak dicekik Fezrul ketika semasa penggambaran filem Batu Syaitan agak keterlaluan dan menyakitkan fizikalnya.

Disebabkan lakonan sedemikian, Reen secara tidak sengaja telah meninggikan suara sebaik sahaja babak dicekik itu selesai, sekali gus menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.

Enggan memperbesarkan isu, Reen ketika ditemui Kosmo! Online baru-baru ini memberitahu dia sudah pun memaafkan Fezrul dan menganggap perkara tersebut sudah selesai.

Bagaimanapun Reen berasa sedikit ralat apabila Fezrul tidak mengakui kesilapan, sebaliknya menganggap kejadian cekik leher tersebut sebagai satu daripada proses rakaman. – KOSMO! ONLINE

POPULAR