fbpx
Gambar hiasan.

Petugas media serbu pejabat Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Dianggarkan lebih daripada 50 pengamal media daripada pelbagai agensi menyerbu Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.

Kehadiran mereka yang dapat dilihat seawal kira-kira pukul 8 pagi tadi adalah susulan daripada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 yang dijadualkan bersidang kira-kira pukul 11 pagi nanti.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila ia diadakan pada hari Ahad.

Sidang akhbar yang dijadualkan berlangsung selepas mesyuarat berkenaan juga akan menjadi yang pertama kalinya buat Anwar selepas beliau menyempurnakan sesi ‘clock in’ bagi memulakan tugas sebagai Perdana Menteri secara rasmi pada 24 November lalu. – KOSMO! ONLINE

POPULAR