fbpx

Muka wanita tua bertukar muda jelita kuasa solekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
. Wajah Chloe Fountain yang kelihatan tua (kiri) tetapi bertukar menjadi muda di TikTok baru-baru ini. - Foto TikTok

OTTAWA – Seorang wanita Kanada, Chloe Fountain mendakwa bahawa dia berjaya mengubah wajah ‘180 darjah’ untuk menjadi lebih muda hanya dengan bantuan alat solek sekali gus menampilkan perbezaan yang amat ketara, lapor akhbar New York Post.

Bagaimanapun, Chloe tidak mendedahkan usia sebenarnya. Dia kerap membuatkan penonton terpegun apabila menyiarkan video dirinya sebelum dan selepas bersolek. Chloe mempamerkan wajahnya di platform penstriman video yang mana dia telah mengumpulkan lebih 991,000 pengikut di TikTok.

Menurut bintang internet popular itu, dia kelihatan sangat berbeza tanpa solekan sehinggakan sesetengah orang menuduhnya menggunakan kemudahan pengeditan video sebagai cara untuk meningkatkan penampilan dirinya.

Chloe yang merupakan seorang ibu sering membuatkan orang ramai menjadi keliru dengan pengubahsuaian dramatik wajahnya sehingga ada yang enggan mempercayai dia adalah orang yang sama selepas tersiarnya klip yang kononnya menggambarkan perubahan wajahnya.

Wanita itu memberitahu New York Post bahawa dia gemar mencetuskan kontroversi ­dengan penampilan wajahnya.

“Saya cuba mencipta misteri kerana itulah yang membawa pengikut ke halaman saya. Ini matlamat saya kerana saya mahu menjadi seorang personaliti internet,” katanya.

Seperti kebanyakan video lain Chloe di TikTok, ia bermula dengan dia melihat kamera dengan rupa semula jadi wanita yang mana kulitnya mempunyai beberapa kedutan, bintik-bintik dan rambutnya kelihatan tidak terurus

Ia kemudian menunjukkan wajahnya yang disolek dengan kulit mukanya kini kelihatan le­bih licin dan bibirnya yang lebih mungil serta rambut menjadi lebih kemas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI