fbpx

Azar Azmi ‘hilang’ sebab patah hati?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUDAH enam bulan Azar Azmi tidak aktif dalam media sosial sehingga ada yang beranggapan dia menghilangkan diri kerana patah hati.

MUNGKIN ada yang tak sedar, sudah enam bulan pelakon Azar Azmi ‘ghaib’ dari radar dunia hiburan tanpa khabar berita. Baru-baru ini pengurus Azar memberitahu bahawa pelakon drama Nur itu mengambil keputusan untuk berehat.

Berehat sebab apa tak diberitahu pula. Tapi nampaknya netizen seakan-akan lebih tahu Azar berehat sebab apa.

Netizen membuat spekulasi mengatakan bahawa Azar kini merawat diri setelah patah hati dengan pelakon Fizo Omar. Betul ke?

Dakwa netizen, Azar memang dilihat rapat dan mesra dengan pelakon itu, namun Fizo akhirnya memilih untuk berkahwin dengan orang lain. Perkara itu membuatkan dirinya kecewa.

“Lepas Fizo kahwin, dia terus tenggelam. Mungkin patah hati kot,” tebak seorang netizen.

“Patah hati dengan Fizo ke?” dakwa seorang lagi pengguna TikTok.

“Dia kecewa sebab Fizo kahwin tapi bukan dengan dia,” ujar seorang lagi netizen lain.

Lebih mengejutkan, ada dakwaan mengatakan Azar menghilangkan diri sebab katanya sedang hamil selepas bernikah senyap-senyap.

Takut pula Diva baca komen-komen netizen. Macam tulang tilik pula tahu serba-serbi tentang orang lain. Kalau pandai sangat, boleh tolong tilikkan siapa jodoh Diva tak?

DIVA: Terpesona betul dengan kulit hitam manis Nabila Huda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI