fbpx

Lelaki maut ditikam suami cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Seorang lelaki warga emas maut ditikam selepas dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang di kawasan tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menahan sepasang suami isteri berusia 51 dan 45 tahun di sekitar Hospital Serdang dan ibu negara pada pukul 1.35 pagi.

“Siasatan lanjut mendapati suspek lelaki mengaku mencederakan mangsa (si mati),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zaid memberitahu, pihaknya menerima maklumat daripada pegawai perubatan Wad Kecemasan Hospital Serdang yang memaklumkan menerima seorang pesakit lelaki berusia 71 tahun pada pukul 6.29 petang.

Lelaki itu dibawa ke hospital berkenaan oleh rakannya kerana mengalami kecederaan di badan akibat ditikam.

Mohd. Zaid menjelaskan, mangsa mengalami kecederaan pada paru-paru kanan, paha dan bahu. Lelaki itu meninggal dunia pada pukul 11.05 malam ketika menerima rawatan di hospital.

“Mangsa sempat memaklumkan kepada pegawai perubatan bahawa dia diserang dan ditikam.

“Polis merampas beberapa barang kes antaranya kenderaan mangsa, empat buah telefon bimbit, pakaian suspek dan resit pembelian senjata pisau bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Redzuan Salleh, di talian 013-7854100 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI