fbpx

Lagu Swipe versi halal pun ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDRIS Shamsudin kini popular dengan lagu Swipe nyanyhian asal Alyph tapi dalam versi nasyid.

SEJAK lagu Swipe nyanyian Alyph meledak, pelbagai versi muzik dan nyanyian turut muncul.

Ada yang mendendangkan dengan irama balada dan rock tetapi mengejutkan ramai apabila terdapat segelintir individu menukar Swipe menjversi selawat.

Trend tersebut dimulakan oleh pendakwah bebas dan penyanyi nasyid iaitu Idris Shamsuddin dalam sebuah video TikTok.

Tindakannya mengubah lirik Swipe menjadi selawat meraih pujian yang dikatakan mendekatkan lagi jiwa kepada agama.

“Sejuk hati dengar versi ini. Terima kasih kerana mengajak lebih ramai berselawat,” komen netizen.

“Lagu asal memang bagus tetapi versi selawat lagi seronok dinyanyikan. Sambil berhibur, kutip pahala,” ujar seorang pengguna TikTok.

Video tersebut meraih lebih sejuta tontonan dan 116,000 tanda suka daripada pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI