fbpx
TUBUH badan Aida yang semakin berisi membuatkan suaminya berubah hati. – GAMBAR HIASAN

Isteri gemuk alasan suami curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

I
BARAT kata pepatah, habis madu sepah dibuang. Itu yang menimpa Aida (bukan nama sebenar) apabila suaminya bertindak mencari kekasih
hati lain kerana dikatakan dirinya sudah tidak menarik seperti awal perkahwinan.

Berkongsi lanjut, Aida berkata, dia sama sekali tidak pernah menyangka suaminya akan bermain kayu tiga dan curang di belakangnya.

Jelas Aida, perbuatan suaminya mula menjadi-jadi ketika lelaki itu mengambil sepenuh kesempatan yang ada sewaktu Aida sibuk mencari rezeki bagi membantu menyara keluarga.

Malah, lebih tidak disangka, perbuatan terkutuk suaminya, Amri (bukan nama sebenar) sampai ke kemuncak apabila tergamak membawa kekasih hati baharunya itu balik ke
rumah saat isterinya bekerja.

“Saya bekerja sebagai jururawat. Biasalah kerja macam ini, memang tak menentu waktu.

“Adakala saya kena kerja pagi, petang dan malam. Saya dapat tahu daripada jiran-jiran di apartmen tempat saya tinggal mengatakan suami ada bawa wanita lain masuk ke rumah.

“Bukan sekali dua, tetapi banyak kali tanpa rasa segan silu. Di rumah itu, saya ada dua anak kecil berumur empat dan dua tahun yang tak tahu apa-apa,” katanya.

Beritahu Aida, 35, pada mulanya memang sukar untuk dirinya mempercayai apa yang suaminya lakukan itu.

“Jujur walaupun hubungan kami sudah mula terasa dinginnya, saya rasa seakan-akan tidak percaya apa yang diperkatakan orang lain.

KECURANGAN boleh terjadi apabila pasangan dilihat tidak lagi menarik dari segi fizikal. – GAMBAR
HIASAN

“Sebabnya suami yang saya kenal lapan tahun dahulu bukanlah seorang yang begini, tetapi, bila jiran hantar gambar yang diambil secara soroksorok, saya mula percaya dan tergamam
melihatnya,” kata Aida.

Meneruskan perkongsian, Aida yang bekerja di salah sebuah hospital kerajaan di Selangor berkata, dia menyedari perubahan sikap suaminya
beberapa bulan sebelum itu.

Ujarnya, paling membuatkan hatinya terguris apabila suaminya sering mengaitkan soal fizikal badannya yang agak berisi selepas berkahwin sebagai salah satu ‘modal’ kecurangannya.

Akui anak kelahiran Jerlun, Kedah itu, meskipun menyayangi rumah tangga dan kasihan dengan nasib anak-anak, dia nekad mahu berpisah kerana sudah terlalu terluka serta hampa dengan apa
yang terjadi.

“Saya buat keputusan minta cerai dengan dia. Hati saya dah tawar habis. Proses mahkamah biasalah ambil masa sedikit, tetapi tak mengapa, saya bulatkan hati untuk berpisah.

“Pun begitu, masa proses nak bercerai itu saya mula perbaiki  zikal dengan mencantikkan dan memanjakan semula diri, pergi ke salon, gimnasium, ambil jamu dan sebagainya.

“Selepas tiga bulan, tak disangkasangka, bekas suami saya kembali menagih kasih ketika mana proses perceraian pada ketika itu masih belum selesai di mahkamah. Dia merayu-rayu
untuk kembali semula dengan saya,” tuturnya.

Selepas hampir lima bulan turun naik mahkamah, Aida dan suami sah bercerai, manakala hak penjagaan kedua-dua anak jatuh kepada Aida.

Pesan Aida, jadilah pasangan yang setia dan menerima seadanya kerana yang sempurna itu belum tentu ada dan membahagiakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN