fbpx
JACLYN dan SHILA AMZAH dingka menjadi dua peserta yang paling berpotensi menjadi juara GV9.

Doa Jaclyn, fokus Shila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS 10 minggu pertandingan, debaran pentas akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) kian memuncak dengan enam peserta bersiap-siaga mempersembahkan aksi terbaik sebelum diangkat sebagai juara.

Antara Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof, Hazrul Nizam dan V.E, hanya seorang dalam kalangan mereka akan meninggalkan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam, malam esok sebagai pemenang.

Sepanjang lebih dua bulan pertandingan, nama Jaclyn dan Shila sebenarnya sudah awal-awal menawan tiket sebagai calon ke final di hati ramai, seterusnya mengungguli GV9.

Persembahan dua susuk penyanyi bergelar ibu tunggal itu dilihat memiliki magis tersendiri setiap kali menjayakan tugasan konsert mingguan.

Gabungan duet yang dipersembahkan pada minggu lalu juga menjadi perhatian sehingga memukau ramai termasuk panel juri.

PENAMBAHAN duet Shila Amzah dan Jaclyn Victor pada minggu separuh akhir ternyata cukup memberi gambaran hebat tentang saingan sengit dua calon juara GV9 itu malam esok.

Shila fokus diri sendiri

Bagi Shila Amzah, walaupun pernah berstatus penyanyi antarabangsa, dia tidak pernah terfikir tentang trofi juara atau siapa pesaing terdekatnya.

Pemilik nama sebenar Nur Shahila Amir Amzah itu lebih fokus terhadap persembahan dan memperbaiki persembahan sendiri, minggu demi minggu seterus beraksi di pentas final dengan sehabis baik.

Kongsinya lagi, hatinya terhiris setiap kali melihat rakan perjuangan tersingkir usai konsert mingguan. Perjuangannya adalah mengelak daripada berdepan situasi tersebut.

“Tuhan bagi keistimewaan berbeza-beza. Saya tidak gemar memikirkan tentang kelebihan dan kekurangan pada diri peserta lain terutamanya Jaclyn kerana itu satu perkara yang tidak sihat.

SHILA aktif ke gimnasium dan menyertai sukan muay thai serta badminton untuk membina stamina diri.
– ASTRO (AZRUL RAFIE)

“Bahkan dalam kehidupan sebenar pun saya tidak pernah melihat gaya hidup seseorang dalam Instagram dan lebih suka menghargai setiap perkara di sekeliling, sementara masih ada,” ujar anak kepada penyanyi ND Lala.

Meskipun sering menyertai beberapa pertandingan nyanyian sebelum ini, pelantun lagu Memori Tercipta itu tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk GV9.

“Tiada target kedudukan nombor yang diduduki kerana tujuan saya hanya untuk ke ‘final’.

Kalau asyik memikirkan kedudukan boleh buat saya stress.

“Perkara kedua adalah untuk membuat persembahan dengan baik. Setiap orang ada strateginya tersendiri.

Jadi, relaks dan berikan yang terbaik pada malam konsert final nanti,” katanya kepada HibGlam.
Berbeza dengan visi Jaclyn Victor yang berharap untuk bergelar juara tetapi menerima apa sahaja keputusan yang ditetapkan pada malam esok.

PADA minggu separuh akhir, Jaclyn akui berdepan kondisi sangat meletihkan sehingga mengganggu konsentrasi persembahan.

Doa Jaclyn

Namun, kejuaraan bukanlah sasaran pertama Jaclyn atau nama lengkapnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor menyertai GV9.

Sama seperti Shila, dia hanya memberikan persembahan terbaik dari awal hingga penamat GV9.

“Tipulah kalau berjuang tidak berharap menang. Setiap kali membuat persembahan, saya akan berdoa.

“Saya cuma berharap dan berdoa dalam hati, tidak terlalu taksub untuk bergelar juara asalkan sudah berpuas hati dengan persembahan sendiri.

“Lagi pun, saya tidak faham kriteria pemberian markah. Apa yang paling penting adalah orang puas hati dan berharap dapat buat yang terbaik,” tutur ibu kepada dua cahaya mata itu.

BOB dengan persembahan yang tidak pernah mengecewakan sepanjang GV9.

Tema ‘Kemanisan Di Akhir Garisan’ pada malam esok lebih mencabar apabila para peserta diberikan tugasan ‘battle’ menyampaikan lagu hip-hop.

Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac amat risau untuk membawakan genre hip-hop dan terus mendengar lagu tersebut sebaik sahaja habis konsert separuh akhir pada minggu lalu.

“Dahulu pernah buat rap sikit-sikit tapi bukan betul-betul. Lagu rap ini pula liriknya banyak dan boleh tahan laju,” ujar pelantun lagu Gemilang itu.

KUMPULAN V.E bersama wakil Singapura, Hazrul Nizam melengkapkan senarai peserta final GV9.

Cukup dikenali sebagai pemilik vokal hebat, Jac bagaimapun menganggap Shila lebih ke hadapan berbanding dirinya.

Bukan sahaja itu, dia juga takut memikirkan peserta lain yang mampu memberikan tandingan hebat semasa pentas akhir malam esok.

“Shila merupakan nama besar dalam industri yang memiliki banyak lagu dan pengikut yang ramai. Saya ini pula peminat sikit.

“Untuk peserta lain, saya tidak memandang rendah kerana saya percaya semua akan memberikan sehabis baik untuk konsert terakhir,” tutupnya.

SESEKALI kali ditegur tidak melepasi jangkaan juri, Tomok kini mara ke final GV9.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN