fbpx

4 ‘penyangak’ Rohingya pecah rumah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT suspek warga Rohingya diberkas Polis Johor selepas disyaki terlibat dengan jenayah pecah rumah dalam serbuan di sebuah rumah di Kulai, Johor, Khamis lalu. FOTO IHSAN POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU – Kumpulan pecah rumah yang didalangi etnik Rohingya tumpas selepas dua lelaki dan dua remaja perempuan ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kulai, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, anggota D4 Jabatan Siasatan Jenayah Johor (JSJN) berjaya menahan empat suspek berkenaan yang berusia 14 hingga 27 tahun.

“Hasil penahanan kesemua suspek ini, kita telah berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah di daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai yang melibatkan kerugian RM50,000.

“Pasukan serbuan juga telah merampas sebuah kereta Proton Persona, 10 keping resit pajak gadai dan 16 set barang kemas pelbagai jenis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Barang rampasan.

Kamarul Zaman berkata, kumpulan tersebut dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah di daerah ini pada pertengahan tahun ini.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan terbabit dengan menyasarkan rumah ketika tiada penghuni pada siang hari waktu bekerja dan melarikan barang-barang kemas dan wang tunai.

“Kumpulan berkenaan dianggotai tiga hingga empat lelaki dan wanita yang menaiki kenderaan tempatan bagi tujuan pecah rumah.

“Dua suspek lelaki yang ditahan mempunyai rekod lampau pecah rumah dan penagih dadah. Pihak polis sedang mengesan dalang atau suspek utama yang masih bebas iaitu wanita Rohingya bernama Nurjahan Ismail,” katanya.

Alamat terakhir Norjahan adalah di No. 206, Jalan Batu 21, Taman Muhibbah, Kulai.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Zamri Abdul Karim 016-7269275 atau mana-mana balai berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI