fbpx
Lot komersial yang menawarkan kedai versatil untuk memenuhi keperluan penduduk. – lakaran pelukis

Irama Biz pikat peniaga, pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Industri hartanah domestik kini dalam fasa pemulihan yang menggalakkan seiring dengan pergerakan ekonomi negara yang merekodkan pertumbuhan 14.2 peratus pada suku ketiga 2022.

Berdasarkan Laporan Pasaran Hartanah Separuh Pertama 2022, pasaran hartanah tempatan merekodkan lebih 188,000 transaksi bernilai RM84.4 bilion, peningkatan lebih 30 peratus dari segi bilangan dan nilai berbanding separuh tahun pertama 2021.

Hal ini memperlihatkan bahawa melalui penawaran projek yang tepat, kedudukan strategik, harga bersesuaian dan memiliki nilai yang baik, maka pemaju hartanah masih mampu menarik pembeli.

Antara contoh terbaik adalah pembangunan komersial terbaharu oleh anak syarikat Matrix Concepts Holdings Berhad, MGE Development Sdn. Bhd., iaitu Irama Biz di Irama Sendayan, Negeri Sembilan yang membuktikan pasaran hartanah negara sebenarnya kekal memberangsangkan.

Irama Biz yang terletak di lokasi strategik di pintu masuk Malaysia Vision Valley bakal menjadi faktor penarik kepada pelabur.– lakaran pelukis

Pada hari pertama pelancarannya awal November lalu, pembangunan kedai versatil dua tingkat dengan status pegangan bebas itu telah berjaya merekodkan kadar pengambilan menggalakkan, iaitu sebanyak 80 peratus.

Menurut Matrix Concepts, prestasi tersebut terutamanya disumbangkan oleh lokasi ideal Irama Biz yang terletak di pintu masuk Malaysia Vision Valley, iaitu koridor pertumbuhan tinggi di Negeri Sembilan yang juga dianggap sebagai sambungan atau sebagai pelengkap kepada pembangunan Greater Kuala Lumpur.

Ia menjanjikan lonjakan pertumbuhan masa depan dari segi infrastruktur, kemudahan dan pengwujudan pelbagai fasiliti yang bakal meningkatkan lagi nilai aset hartanah di kawasan berkenaan.

“Faktor ini menarik peluang pelaburan yang menggalakkan kerana pembeli bukan setakat membeli premis, malah terlibat dalam pembangunan keseluruhan ekosistem perniagaan di kawasan ini yang membolehkan mereka mengembangkan perniagaan secara mampan pada masa depan.

“Anggaran kira-kira hampir 60,000 penduduk yang semakin bertambah di sekelilingnya, Irama Biz dijangka  mewujudkan persekitaran perniagaan yang meriah dan gaya hidup bertenaga untuk komuniti setempat yang tinggal atau bekerja di kawasan berhampiran.

“Pembangunan ini diunjurkan menjadi hab komersial yang paling dicari-cari dengan kedudukannya yang strategik, akses jalan raya yang mudah dan kawasan persekitarannya yang sedang pesat membangun,” jelas Ketua Pegawai Pemasaran Matrix, Lim Kok Yee.

Seni reka dalaman dan luaran moden, santai serta selesa menjadi taruhan pemaju untuk mencatat jualan tinggi bagi Irama Biz. – lakaran pelukis

Terletak berhampiran kawasan industri yang kian meningkat naik iaitu Sendayan TechValley dan Enstek Industrial yang kini memiliki sekitar 20,000 pekerja, Irama Biz yang memiliki 60 lot kedai juga merupakan satu-satunya kehadiran komersial yang signifikan di kawasan tersebut.

Kedudukannya di kawasan persimpangan utama menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bandar Sri Sendayan dan Nilai menjadikannya sesuai sebagai lokasi persinggahan buat golongan yang bekerja di ketiga-tiga lokasi ini, meningkatkan lagi potensinya sebagai hab komersial.

Matrix Concepts berkata, Irama Biz bakal menampilkan campuran pelbagai jenis perniagaan yang memenuhi semua keperluan pengguna seperti makanan dan minuman (F&B), bistro, dobi, butik fesyen, salon kecantikan, institusi kewangan dan pusat kecergasan.

Tambahnya, ia merupakan sebahagian daripada projek pembangunan bercampur, iaitu Irama Sendayan yang turut meliputi sebanyak 192 unit kediaman yang kesemuanya telah pun habis dijual.

“Pembangunan butik ini dikelilingi dengan kejiranan sekitar yang semakin berkembang seperti Bandar Sri Sendayan, Tiara Sendayan dan SendayanTech Valley.

“Ia sesuai bagi mereka yang mahukan tempat tinggal dengan akses dan kebolehcapaian mudah untuk kemudahan komersial bermula daripada golongan hipster hinggalah keluarga yang menghargai gaya hidup aktif,” ujarnya.

Unit komersial Irama Biz ditawarkan pada harga bermula RM871,999, dengan luas binaan daripada 3,105 kaki persegi dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Irama Biz boleh melayari laman web www.kosmo.iramabiz.com. -KOSMO! ONLINE

POPULAR