fbpx
AMINUDDIN Harun ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) 2022 (Belanjawan 2023) di Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

‘Bonus’ satu bulan setengah gaji buat penjawat awam Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada seramai 5,599 orang penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkannya pada pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) 2022 (Belanjawan 2023) di sini hari ini.

Katanya, bantuan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam Negeri Sembilan itu akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada awal bulan Januari dan minggu pertama bulan April 2023.

“Adalah diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 hari ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR