fbpx

PM10: Muhyiddin cabar Anwar tunjuk keabsahan SD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan surat-surat akuan berkanun majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, perkara itu perlu dilakukan demi keyakinan rakyat akan keabsahan Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Ini hendaklah dibuktikan melalui proses yang telah ditetapkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 20 November 2022, iaitu dengan mengemukakan surat-surat akuan berkanun majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Perikatan Nasional di Publika sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI