fbpx

Hishammuddin nafi ditawarkan jawatan PM ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin.

KLUANG – Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan ditawarkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Perikatan Nasional (PN) sekiranya bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

Menurut Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong, ramai menyebarkan artikel dilaporkan sebuah portal, namun beliau mengesahkan bahawa ia tidak benar sama sekali.

Tegas beliau tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan PN mahupun Pakatan Harapan (PH)

“Saya juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan, jika pihak yang menyiarkan berita ini tidak menarik semula artikel berkenaan dengan serta-merta, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sebelum itu, sebuah akhbar berbahasa Melayu memetik laporan sebuah portal yang mendakwa PN menyokong gabungan dengan BN sekiranya Hishammuddin dilantik sebagai PM ke-10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI