fbpx

Burung kedidi pecah rekod dunia, terbang tanpa henti 13,560 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BURUNG kedidi itu bermigrasi untuk lari daripada musim sejuk. - Dhaval Vargiya/Unsplash

CANBERRA – Seekor burung kedidi ekor berjalur berusia lima bulan berjaya memecah rekod kategori migrasi jarak jauh selepas terbang 13,560 kilometer (km) tanpa henti selama 11 hari, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada setiap musim luruh, berjuta-juta burung hijrah mengharungi perjalanan udara yang panjang dan berbahaya untuk lari daripada musim sejuk, mencari makanan dan membiak.

Kebanyakan burung-burung itu menempuh jarak perjalanan lebih 10,000 km.

Pada tahun ini, seekor burung kedidi memecah Guinness World Records selepas terbang sejauh 13,560 km tanpa henti. Penerbangan itu dianggap berbahaya kerana melebihi kapasiti had maksimum.

Burung kedidi itu terbang bulan lepas dari Alaska menuju ke New Zealand, tetapi jarak perjalanannya bertambah lebih 500 km apabila laluannya diubah. 

Burung kedidi itu terbang pada 13 Oktober lalu dari Delta Yukon Kuskokwim di Alaska, merentasi Lautan Pasifik ke New Caledonia dan Laut Tasman, sebelum membuat pusingan 90 darjah ke Tasmania bukannya New Zealand.

“Burung olak ekor pendek dan burung olak lain boleh mendarat atas air dan mencari makan. Jika seekor burung kedidi mendarat atas air, ia akan mati.

“Ia tidak mempunyai selaput kaki, jadi tidak tahu cara untuk keluar dari air. Jika ia jatuh ke dalam air kerana keletihan atau akibat cuaca buruk, ia akan mati,” kata ahli ekologi Birdlife Tasmania, Dr. Eric Woehler kepada stesen penyiaran ABC News.

Saintis berjaya menjejak rekod itu dengan bantuan alat penjejak kecil seberat 5 gram. Kemajuan teknologi membolehkan mereka menjejaki spesies burung kecil itu tanpa membahayakannya dengan menambah berat.

Woehler menganggarkan burung itu gagal mendarat dengan selamat kerana ‘hilang lebih separuh berat badan’, tetapi ia akhirnya berjaya memecah rekod dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI