fbpx

Anwar Ibrahim sah Perdana Menteri ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KAJANG – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperunfukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dimaklumkan selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.

Pada sesi Perbincangan Khas yang berlangsung bermula pada 11.00 pagi itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu susulan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 lepas. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI