fbpx

Saintis temui pelbagai ikan aneh di kawasan terpencil Lautan Hindi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IKAN rata ini memiliki dua mata di satu sisi kepalanya. - Benjamin Healley/Museums Victoria

CANBERRA – Beberapa jenis ‘makhluk laut’ aneh ditemui berhampiran kawasan gunung berapi bawah air di bahagian terpencil Lautan Hindi, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Saintis-saintis dari Institut Penyelidikan Muzium Victoria di Australia terkejut apabila menemui ikan seakan-akan kelawar, belut buta dan ‘lizard fish’ yang bergigi tajam.

Ia ditemui semasa mereka menjalankan ekspedisi ke Islands Marine Park yang terpencil di Australia. Kawasan berkeluasan 467,054 kilometer (km) persegi itu terletak sejauh 2,750 km di barat laut Perth.

Dua atol (terumbu karang berbentuk seperti cincin) di wilayah itu terdiri daripada 27 pulau kecil dengan pantai berpasir putih, pokok palma dan lagun.

Pasukan itu mengumpulkan sampel di kawasan sedalam lebih 5 km dan meninjau hidupan laut yang tidak diketahui sebelum ini termasuk seekor belut buta.

Mereka turut menemui biawak Highfin yang mempunyai dua alat kelamin. Turut ditemui ialah ikan yang memiliki dua mata di sebelah kepala untuk mengekalkan penglihatan semasa berada di dasar laut.

Ikan ‘batfish’ laut dalam yang menggunakan sirip seperti lengan untuk merangkak di dasar lautan turut ditemui selain ikan Sloane’s Viperfish yang memiliki jejak lampu yang panjang di sepanjang perutnya.

“Ikan-ikan itu adalah ‘fesyen’ laut dalam yang menonjol. Kami telah menemui sejumlah besar spesies haiwan baharu yang tinggal di taman laut terpencil ini,” kata ketua saintis ekspedisi, Tim O’Hara kepada laman berita Live Science. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI