fbpx

Barisan Exco Perlis angkat sumpah Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri (dua dari kanan) bergambar sebelum mendengar taklimat pembangunan dan kewangan negeri di Kompleks DUN Perlis, Kangar hari ini.

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri itu.

Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco dijadualkan berlangsung di Istana Arau, dekat sini pada Jumaat ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, senarai nama untuk pelantikan Exco sudah ada, namun terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan.

“Secara dasarnya senarai nama Exco telah ada, cuma ada sedikit perubahan dilakukan dan kini sedang menunggu lampu hijau daripada Perikatan Nasional (PN) pusat.

“Kita telah menghantar senarai nama Exco tersebut ke peringkat PN pusat untuk penilaian pada semalam,” katanya kepada pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Mohd. Shukri pada semalam memaklumkan akan melantik enam Exco daripada Pas dan tiga daripada Bersatu menjadikan jumlah kesemua 10 orang termasuk Menteri Besar.

Beliau turut memaklumkan akan turut mengekalkan portfolio kerajaan terdahulu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI