fbpx

PPZ-MAIWP anjur acara boling bersama institusi kewangan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para peserta bersama pengurusan kanan PPZ-MAIWP selepas tamat kejohanan boling yang diadakan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pusat Pu­ngutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menganjurkan kejohanan boling bersama institusi kewangan Islam, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berzakat kepada syarikat-syarikat kewangan Islam di negara ini.

Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat, Mohd. Saufiyuddin Abu Bakar berkata, kejohanan tersebut merupakan salah satu medium untuk mempromosikan dakwah zakat sambil be­riadah serta dapat meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, program tersebut juga akan dapat mengeratkan hubungan antara syarikat-syarikat dan prospek pembayar zakat bersama PPZ-MAIWP.

“Kejohanan ini merupakan salah satu dakwah zakat yang berkonsepkan riadah bagi mewujudkan suasana lebih santai.

“Sebanyak 11 institusi kewa­ngan Islam terdiri daripada perbankan Islam, takaful dan broker saham patuh syariah menyambut baik kejohanan ini.

“Antara pesertanya adalah Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Takaful Ikhlas dan MIDF”, kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Mohd. Saufiyuddin me­nerangkan, PPZ-MAIWP kinimengunjurkan lebih banyak penglibatan daripada institusi-institusi kewangan Islam dalam kejohanan akan datang.

Sementara itu, kejohanan julung-julung kali diadakan itu menyaksikan pasukan daripada Bank Islam merangkul juara de­ngan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi.

Naib juara dan tempat ketiga dimenangi pasukan daripada PPZ-MAIWP dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM800 dan RM600 berserta trofi.

Turut memeriahkan lagi majlis itu adalah cabutan kepada 15 peserta yang bertuah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI