fbpx

Kelab Golf Seri Selangor kembali menjadi tuan rumah buat ‘Selangor Masters’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari bersama para penaja dalam sidang media PKNS Selangor Masters 22, di Kelab Golf Seri Selangor

PETALING JAYA – Jelajah Pembangunan Asia (ADT) bersedia membuat kemunculan semula apabila Kelab Golf Seri Selangor kembali menjadi tuan rumah buat Kejohanan Masters Selangor, musim ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, berkata, seramai 135 pemain profesional dan amatur bakal berentap bermula esok hingga 26 November ini.

“Pandemik Covid-19 yang melanda negara selama dua tahun, telah menghalang kami untuk menganjurkan sebarang acara golf profesional seperti ini.

“Bila dengar ada peluang untuk menjadi tuan rumah untuk ADT, kami cepat-cepat rebut peluang tersebut, walaupun ketika saat akhir,” katanya dalam satu sidang media PKNS Selangor Masters 2022 disini, hari ini.

Tambah beliau, kejohanan yang ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini juga, diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Menurutnya lagi, golf memainkan peranan penting dalam usaha berterusan negeri tersebut dalam memacukan ekonomi pelancongan sukan dan berharap dapat menjadi tuan rumah lagi buat Kejohanan Sea Masters dalam Jelajah Asia pula.

Sementara itu, jumlah wang hadiah terkumpul untuk minggu ini adalah AS$150,000 (RM687,000).

Pemain Thailand nombor satu dan dua dalam Order of Merit ADT ialah Suteepat Prateeptienchai dan Chonlatit Chuenboonngam, masing-masing telah memenangi AS$57,538 (RM263,524) dan AS$56,138 (RM257,112) setakat ini.

Pada penghujung musim, 10 profesional terbaik dalam Order of Merit akan memperoleh tiket untuk berentap dalam Jelajah Asia.

Pemain Malaysia Sharifuddin Ariffin dan Paul San yang masing-masing berada di kedudukan ke-7 dan ke-9, mahu memanfaatkan peluang bermain di negara sendiri untuk berjaya ke Jelajah Asia 2023.

Turut berpeluang untuk mara ke 10 teratas ialah Ervin Chang, yang menduduki tempat ke-15 dan kurang lebih AS$3,000 (RM13,740) daripada tempat ke-10 Naraajie Ramadhanputra dari Indonesia.

Cabaran ketara dari Malaysia termasuk juga Ben Leong yang menduduki tempat ke-50 dalam Order of Merit Jelajah Asia, Galven Green, Khor Kheng Hwai, Danny Chia, Airil Rizman dan veteran M. Ramayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI