fbpx

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini menari dalam keadaan tidak sedarkan diri. – TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan adegan  seorang wanita yang didakwa dirasuk ketika menjalani sesi fotografi praperkahwinan sehingga menyebabkan dia menari dalam keadaan tidak sedarkan diri, lapor program berita Liputan6 kelmarin.

Berdasarkan video dikongsikan di laman TikTok itu, pasangan bakal pengantin tersebut dilihat memakai pakaian mengikut adat resam Jawa.

Aktiviti bersolek dan memakai pakaian tradisional itu pada awalnya berjalan lancar dengan kedua-dua mereka tersenyum sepanjang penggambaran dilakukan.

Bagaimanapun, situasi mula bertukar seram apabila pandangan mata bakal pengantin perempuan secara tiba-tiba berubah dan dia turut bercakap dalam dialek berbeza sambil memperkenalkan diri sebagai seorang penari.

Ketika perakam video bertanya siapa yang memasuki jasad wanita berkenaan dalam bahasa baku  Indonesia, dia menjawab dalam bahasa Sunda.

“Saya panggil ‘Nyai’ ya?” soal perakam sambil disahut dengan anggukan kepala daripada wanita berkenaan.

Dia kemudian meneruskan tarian dengan sekurang-kurangnya dua tarian Jawa dipersembahkan. Tariannya kelihatan lemah gemalai dengan gerakan tangan dan kaki yang lembut.

Tidak lama selepas itu, wanita tersebut menyuarakan hasrat untuk mengundur diri dan mengucapkan  terima kasih dalam bahasa Sunda.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Sopan betul cara dia mengundur diri,” kata seorang pengguna.

“Auranya amat berbeza, dia kelihatan sangat cantik ketika menari,” ujar seorang lagi netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI