fbpx

Sokongan Ahli Parlimen BN tidak langgar Akta Anti Lompat Parti – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat MT Bersatu, malam ini

SHAH ALAM – Sokongan Ahli Parlimen daripada mana-mana parti terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri dan membentuk kerajaan adalah tidak menyalahi Akta Anti Lompat Parti.

Muhyiddin yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) memaklumkan ini berikutan mereka tidak keluar parti sebaliknya secara individu sebagai Ahli Parlimen malah daripada Bebas.

Katanya, sokongan itu bukan semua daripada Barisan Nasional (BN) malah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Bebas.

“Kalau ikut perlembangaan menyatakan Ahli-Ahli Parlimen dan tidak kata daripada parti mana. secara individu boleh, kumpulan dan parti mereka boleh.

“Itu hak ahli parlimen dan ini bersandarkan perlembangaan negara dan tidak melanggar peruntukkan akta tersebut pasal mereka tidak keluar parti tetapi secara individu Ahli Parlimen hatta Bebas menyatakan sokongan kepada saya. Jadi, tidak langgar Akta Anti Lompat Parti,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Bersatu, malam ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sokongan termasuk daripada 20 Ahli Parlimen BN yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang didakwa telah menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ketika ditanya berhubung kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai parti itu tiada mengadakan perundingan dengan PN seterusnya membolehkan membentuk kerajaan, Muhyiddin menegaskan itu hanya tafsiran dan pandangan Ahmad Zahid.

“Kalau perlembagaan negara kata sesorang yang ingin jadi Perdana Menteri mestilah mendapatkan kepercayaan daripada majoriti ahli parlimen dan kalau ikut istilahnya 112 kerusi.

“Tidak sebutkan datang dari parti A, B, C dan itu tafsiran zahid dan pandangan dia,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI