fbpx

Nota terakhir mak sebelum meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara nota terakhir yang ditinggalkan oleh ibu, Nor Azuana Masshar.

PETALING JAYA – Nota terakhir seorang ibu mengenai kelengkapan pengebumian sebelum pemergiannya meruntun hati netizen yang membacanya baru-baru ini.

Melalui ciapan pada bulan Mei lalu oleh Nor Azuana Masshar itu dimuatnaik semula oleh netizen baru-baru ini memaklumkan beliau tidak sempat membaca nota yang ditinggalkan oleh ibunya mengenai kelengkapan yang sudah tersedia itu.

“Hujung minggu ni balik Kedah, kemas-kemas barang arwah mak kami jumpa ni…maaf mak sebelum ni kami tak jumpa beg ini, Al-Fatihah untuk arwah,” katanya melalui catatan di Facebook miliknya.

Melalui foto berkenaan juga antara yang meruntun perasaan netizen adalah pesanan yang ditinggalkan oleh ibunya sangat memberi kesan terhadap Nor Azuana sekeluarga.

“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin, tidak perlu tunggu sesiapa,” antara pesanan yang ditinggalkan oleh ibunya.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih melalui ciapan itu dengan mendoakan kesejahteraan arwah dan sekeluarga.

“Sebak bacanya, semoga arwah ibu bapa kita yang telah pergi diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,” ujar netizen.

“Allahuakhbar, sangat teliti mak buat nota, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang solihin,” kata netizen lain.

Selasa lalu, Nor Azuana memuat naik ciapan mengucap ribuan terima kasih kepada orang ramai yang masih mengingati nota terakhir yang ditinggalkan oleh ibunya.

“Masih lagi diviralkan walaupun mak sudah meninggal dunia dekat enam bulan, Al-Fatihah buat mak tercinta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI