fbpx

[KEMASKINI] Suami pijak isteri direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami dayus pijak dan pukul isteri di hadapan kanak-kanak perempuan akhirnya berjaya ditahan pihak polis di kawasan Setapak, di sini, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Suami dayus pijak dan pukul isteri di hadapan kanak-kanak perempuan akhirnya berjaya ditahan pihak polis di kawasan Setapak, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang telah menerima satu laporan berkenaan kes keganasan rumah tangga pada Selasa sekitar pukul 9.38 malam.

“Pengadu yang juga mangsa berusia 45 tahun memaklumkan telah dipukul oleh suspek menggunakan tangan dan kaki menyebabkan pengadu mengalami kecederaan pada tubuh badan,” katanya.

Menurut Zaid, pengadu telah mendapatkan rawatan awal di hospital dan disahkan mengalami kecederaan akibat dipukul di bahagian kedua belah mata, atas kepala, kaki dan belakang badan.

“Suspek berjaya ditahan di kawasan Setapak sekitar pukul 4.35 pagi. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes pemerasan.

“Sehubungan itu, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan dijalankan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

Orang awam mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-515 6933 dan balai polis yang berdekatan untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI