fbpx

Ilmu pasal politik sudah diajar di universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kian terasa tatkala tinggal hari ini sahaja untuk berkempen sebelum pemilihan pemerintahan baharu dan ditadbir Perdana Menteri ke-10.

Bahang PRU15 bukan hanya dirasai dalam kalangan calon-calon parti politik, tetapi turut mendebarkan seluruh rakyat Malaysia, terutama sekali apabila ada sebilangan rakyat yang menyertai kempen-kempen dan ceramah politik.

Sebelum ini, pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza turut me­nganjurkan Kelas Demokrasi yang menyasarkan golongan mahasiswa di Malaysia. Dia bagaimanapun dihalang me­ngadakan sesi tersebut di beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Fahmi sempat mengadakan program itu secara fizikal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas mendapat jemputan daripada mahasiswa.

Pegawai Perundangan Kesatuan Pelajar UIAM, Irfan Hamzah berpendapat, tindakan menyekat Fahmi Reza daripada melaksanakan wacana intelek dalam kawasan universiti setelah dijemput oleh mahasiswa ialah satu agenda yang kurang baik.

“Undi18 sudah digazetkan, pindaan terhadap AUKU juga te­lah dilaksanakan. Menghalang kebebasan mahasiswa untuk melaksanakan diskusi ilmu adalah suatu pengkhianatan terhadap hak-hak mahasiswa.

“Kelas Demokrasi di UIAM pada awalnya disekat, tetapi ha­sil desakan mahasiswa, program itu akhirnya diteruskan dengan pemantauan pihak berkuasa.

“Berbeza dengan IPTA lain, sekatan tersebut menyebabkan Fahmi Reza dan persatuan pelajar yang menjemputnya terpaksa melaksanakan Kelas Demokrasi di luar kawasan universiti. Ini satu bentuk sekatan pembudayaan ilmu atas permintaan mahasiswa di dalam institusi ilmu itu sendiri,” katanya.

Keputusan yang diambil pihak universiti untuk menyekat aktivis itu mendapat pelbagai kritikan termasuk di Twitter apabila tanda pagar #KelasDemokrasi sohor kini di platform berkenaan.

Penganalisis Politik dan Media Sosial, Prof. Madya Dr. Sara Chin­nasamy berkata, tiada ke­perluan untuk menganjurkan Kelas Demokrasi yang menyasarkan mahasiswa di Malaysia.

“Silibus pelajaran yang dikemukakan di IPTA sudah mempunyai subjek-subjek yang menekankan pengajian politik di Malaysia.

“Apa yang ingin ditawarkan oleh Fahmi Reza sudah termasuk dalam silibus pendidikan yang diperkenal di IPTA di semua fakulti termasuk sains kemanusiaan dan sosial. Fakulti ini sudah mempunyai subjek berkaitan politik negara, paling tidak semua fakulti mempunyai pendedahan kepada asas politik negara,” katanya.

Beliau menjelaskan satu sebab pihak universiti melarang agenda kemasukan elemen seperti ini adalah tidak mahu ada agenda serong iaitu politik berunsurkan fitnah dan tomahan.

“Pelajar IPTA ialah generasi muda, kita tidak mahu benih muda jadi tidak sihat apabila didedahkan dengan fahaman dikhuatiri bertentangan dengan agama, prinsip dan ideologi.

“Kebimbangan mungkin wujud di peringkat IPTA berkaitan pilihan membenarkan pihak luar mengadakan kelas demokrasi. Kebimbangan sama ada kelas demokrasi menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan prinsip dan polisi universiti turut diambil kira.

“Saya percaya tindakan IPTA menghalang Kelas Demokrasi adalah satu keputusan yang terbaik,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI