fbpx

TNB siap siaga pastikan bekalan stabil Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bersiap siaga memastikan bekalan elektrik di 6623 pusat mengundi dan 165 pusat penjumlahan rasmi seluruh Semenanjung berada dalam keadaan baik pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Pada masa sama, TNB meminta semua pihak berkaitan agar tidak melakukan kerja-kerja pengorekan tanah pada hari tersebut.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, ia bertujuan mengurangkan risiko tersentuh kabel elektrik sekali gus mengelakkan kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.

Wan Nazmy.

“TNB sendiri menangguhkan kerja-kerja sedemikian bermula semalam di samping memberi tumpuan memastikan kestabilan bekalan sepanjang PRU15, khususnya pada malam keputusan pilihan raya.

“Nasihat kami, agar kerja-kerja pengorekan ini ditangguhkan dulu dan jika tidak dapat dielakkan, patuhilah semua prosedur dan tatacara yang ditetapkan agar kita sama-sama dapat mengurangkan risiko gangguan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TNB katanya, telah melakukan persiapan awal dalam usaha memastikan aspek teknikal, operasi dan persediaan bekalan elektrik ke lokasi-lokasi tersebut sentiasa terjamin.

“Kami juga telah menempatkan pasukan-pasukan petugas bagi memantau dan menunggu sedia untuk lokasi-lokasi penting ini.

“TNB juga telah mendapatkan kerjasama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap negeri bagi mendapatkan maklum balas perincian keperluan elektrik di kesemua pusat mengundi dan penjumlahan undi.

“Kami telah pun mengambil langkah-langkah yang diperlukan. Insya-Allah semuanya akan berada dalam keadaan terkawal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI