fbpx

Tiada yang terpinggir melalui Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELALUI konsep Keluarga Malaysia, tiada seorang pun rakyat tidak mengira lapisan akan terpinggir.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu rakyat memberi peluang sekali lagi kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ismail Sabri berkata, sekiranya BN kembali mentadbir Putrajaya, pihaknya berjanji tidak akan ada rakyat yang dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

“Seperti konsep Keluarga Malaysia, tiada siapa yang akan terpinggir. Pembaikan akan berte­rusan serta semak dan imbang di Parlimen akan dipastikan.

“Saya Perdana Menteri untuk semua dan akan terus menjadi Perdana Menteri untuk semua. BN perlukan sokongan tuan-tuan dan puan-puan, tiada siapa boleh bina negara secara sendirian.

“Cukuplah politik sebelum ini memecahbelahkan kita semua, berikanlah BN peluang wujudkan sebuah kerajaan kuat, kerajaan yang inklusif untuk semua. Izinkan kami kembalikan kestabilan dan kemakmuran kepada negara,” katanya dalam temu bual.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, bagi membawa keluar Malaysia dari kemelut politik dan ekonomi, beliau memerlukan sebuah barisan kepimpinan yang stabil dan mantap untuk mentadbir negara.

“Pasukan ini mestilah berkebolehan, mempunyai prestasi baik, berpengalaman dan mempunyai kepakaran. Ismail Sabri bukan ahli politik one man show.

“Ismail Sabri percaya kepada semangat berpasukan. Itu sebab kerajaan baharu mesti inklusif menghargai kepelbagaian dan perbezaan pendapat. Kita perlu mengutamakan negara mengatasi kepentingan politik sempit,” ujarnya.

Penyandang Parlimen Bera itu berkata, jika BN diberi mandat dan beliau sekali menjadi Perdana Menteri, beliau mahu kerajaan tersebut terdiri daripada mereka yang ikhlas untuk membangunkan negara dan bukannya pihak yang bekerjasama semata-mata untuk kuasa.

Pada masa sama katanya, BN menghormati rakan-rakan parti di Sabah dan Sarawak dan parti itu mempunyai persefahaman baik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Tidak seperti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) kami (BN) menghormati persefahaman bahawa Sabah dan Sarawak mesti ditadbir oleh gabungan mereka sendiri,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI