fbpx

PRU15 : Ibu tidak restu Nik Omar bertanding wakil PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang memetik kata-kata Tuan Sabariah yang tidak merestui Nik Omar dimuat naik menerusi Facebook Pas malam tadi.

KOTA BHARU – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bertanding atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak mendapat restu daripada ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Tuan Sabariah dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Parti Islam Se-Malaysia (Pas) malam tadi menegaskan, beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket Pas.

“Almarhum Tuan Guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan saya telah mendidik anak-anak kami sejak daripada kecil lagi agar kekal istiqamah dengan perjuangan Islam bersama Pas,” katanya.

Pada PRU15, Nik Omar akan bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Pasir Salak bersama Zairol Hizam Zakaria yang mewakili Gabungan Tanah Air, Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional) dan Khairul Azwan Harun (Barisan Nasional).

Nik Omar pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu bertanding atas tiket PH di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kerusi Chempaka di sini.

Bagaimanapun, calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood menang dengan majoriti 3,474 menewaskan Nik Omar dan calon Barisan Nasional, Mohamad Fareez Noor Amran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI