fbpx

Penganggur didakwa menipu mangsa wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M.NANTHINI (baju putih) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

SEREMBAN – Seorang pengganggur wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu sehingga mendorong mangsa memasukkan wang tunai berjumlah RM1,500 tahun lalu.

Tertuduh, M.Nanthini, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Muhammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu seorang wanita berusia 25 tahun untuk mempercayai bahawa tertuduh ada memasukkan wang ke dalam akaun miliknya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan harta wang tunai berjumlah RM1,500 kepada tertuduh.

Wanita itu tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Kesalahan dilakukan di sebuah bank di Pekan Nilai, Nilai pada pujul 2.34 petang, 24 Disember 2021.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yamg diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, J.Darshini memohon jaminan yang minimum atas alasan akan dijamin oleh ibunya dan ayah aedang sakit.

“Tertuduh akan dijamin oleh ibunya yang bekerja sebagai kerani dengan pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan.

“Ibu mangsa perlu menyara tiga orang anak serta ayah tertuduh mempunyai sakit jantung,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 13 Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI