fbpx

Ramai terkenang buku teks zaman 80-an, 90-an

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar buku teks yang digunakan sekitar tahun 80-an sehingga 90-an

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mengimbau kembali nostalgia gambar-gambar buku teks sekolah ketika zaman dahulu telah menggamit memori zaman belajar orang ramai.

Perkongsian video oleh @ahmadabadi96 di akaun TikTok miliknya memaparkan kompilasi gambar-gambar buku teks pada zaman dahulu kira-kira sekitar tahun 80-an sehingga 90-an.

Sementara video itu telah tular, rata-rata orang ramai terutamanya golongan yang sudah dewasa menzahirkan rasa rindu akan kenangan yang menggamit memori zaman belajar mereka.

“Cukup terkesan kalau terkenang zaman sekolah dulu, rindu ingin kembali kalau diberi kesempatan tetapi masa itu sudah berlalu” komen seorang pengguna TikTok.

“Pernah pakai buku teks ini zaman sekolah rendah, terkenang zaman keemasan diri sendiri, tidak perlu fikir apa-apa pun masa ini,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Geng 1980 sila masuk. Alhamdulillah walaupun darjah dua masih lagi kira itik, kira buah epal sekarang jadi manusia juga kira duit,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang berkongsi kenangan mereka semasa zaman persekolahan dahulu yang cukup berbeza dengan zaman sekarang.

“Wah buku teks sekolah rendah saya. Ingat lagi bentuk buah-buahan itu, sedihnya ingat arwah ayah hantar sekolah naik Vespa tiga beradik,” luah pengguna TikTok di ruangan komen.

“Budak tahun 1984 adalah yang terakhir menggunakan buku alam dan manusia, aku golongan tahun 1985 tidak dapat guna tetapi aku generasi pertama yang belajar sains dan kajian tempatan masa sekolah rendah,” kongsi pengguna yang lainnya.

Setakat ini, video kenangan mengusik jiwa tersebut telah meraih sebanyak lebih 400,000 tontonan, 26,100 tanda suka dengan 5167 perkongsian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI