fbpx

Hujan lebat di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia berkata, di bahagian utara, negeri yang berdepan dengan cuaca buruk itu adalah seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Kawasan di Perak yang diramalkan menghadapi ribut petir adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Di Pantai Timur, kawasan yang dijangka ribut petir dan hujan lebat di Kelantan adalah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai manakala di Terengganu, hanya Besut sahaja,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir turut dikeluarkan di Selangor (Sabak Bernam, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson).

“Sementara itu di Sarawak, hujan lebat diramalkan bagi kawasan Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.

“Sabah pula kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat serta Labuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI