fbpx

Amaran ribut petir di lapan negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia berkata, kawasan di Perak yang dijangka berdepan cuaca buruk itu adalah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Pantai Timur pula, hujan lebat dan ribut petir diramal di Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

“Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) dan Lembah Kelang (Kuala Lumpur dan Putrajaya) turut diramal situasi yang sama,” ujar MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Tambah MetMalaysia lagi, kawasan di Negeri Sembilan yang dijangka berdepan dengan hujan lebat dan ribut petir ini adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala di Johor adalah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi.

“Kami turut menjangkakan cuaca buruk tersebut akan melibatkan Sarawak di kawasan Betong (Kabong), Sarikei, Sibu dan Mukah manakala di Sabah (Sandakan (Telupid dan Sandakan),” katanya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI