fbpx

‘Tok Wan’ malu-malu kena rakam cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video ‘Tok Wan’ merapikan diri setelah dapat tahu cucu merakam dirinya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang cucu yang merakam keletah datuknya telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai dalam satu video tular, semalam.

Video tersebut dikongsi di akaun @kirburn menunjukkan warga emas terbabit segan apabila dirakam dan ingin menukar gayanya terlebih dahulu supaya kelihatan lebih kemas.

Menerusi video berikut, warga emas itu dilihat bangun lalu merapikan rambutnya sebelum menyuruh cucunya merakam dirinya semula.

“Sekejap, kena pakai elok-elok dulu, baru tangkap gambar. Nanti orang tengok tidak kemas” ujarnya dalam video tersebut.

Orang ramai turut terhibur akan gelagat warga emas tersebut dan memujinya di ruangan komen.

“Tok Wan tidak pakai songkok pun nampak segak. Senyum biar lebih sikit,” tulis Nonya.

“Ingatkan Tok Wan nak marah, rupanya hendak ambil songkok. Tidak guna songkok pun dah segak,” ujar Ainn.

“Comel sangat. Mesti masa muda dulu, selalu sikat rambut bagi nampak tampan,” komen Farzana.

Video tersebut telah menerima sebanyak 173,100 tontonan dengan 158 perkongsian dan 20,500 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI