fbpx

Pengantin baru buat persiapan ke majlis kahwin di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Sharulnizam (tengah) bersiap-siap di PPS SK Gual To’ Deh, Rantau Panjang sebelum bertolak ke majlis persandingannya di Pasir Mas hari ini.

RANTAU PANJANG – Seorang pengantin lelaki terpaksa membuat persiapan untuk ke majlis persandingan di rumah isterinya di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh di sini selepas rumah keluarganya dinaiki air sejak lima hari lalu.

Muhamad Sharulnizam Kamarudin, 21, dan keluarga tinggal di PPS berkenaan apabila rumah mereka di Kampung Bendang Perol di sini digenangi air setinggi 0.5 meter.

Bapa pengantin, Kamarudin Setapa, 53, berkata, anaknya tiada pilihan selain di PPS itu untuk membuat persiapan ke majlis persandingan di rumah pengantin perempuan, Nor Alia Tashneem Ramli, 21, di Kampung Bongor dekat Pasir Mas.

Menurutnya, kenduri kahwin di sebelah pengantin perempun diteruskan apabila rumah mereka masih selamat dan tidak lagi dilanda bah.

“Mujur rumah keluarga pengantin perempuan belum dinaiki air. Jadi, kenduri tetap diteruskan. Cuma majlis menyambut menantu yang sepatutnya turut diadakan hari ini bagi sebelah pihak kami akan ditunda sehingga air surut.

“Selain pengantin lelaki, segala persiapan perkahwinan untuk dibawa ke rumah pengantin perempuan seperti gubahan hantaran perkahwinan dan pulut semangat yang ditempah dibuat di PPS,” katanya ketika ditemui pemberita di PPS SK Gual To’ Deh di sini hari ini.

Kamarudin dan keluarganya merupakan salah sebuah daripada enam keluarga yang kini ditempatkan di PPS tersebut selepas air naik di kawasan rumah mereka di Kampung Bendang Perol sejak lima hari lalu.

Menurut Kamarudin berkata, keluarganya telah membatalkan tempahan makanan dan khemah untuk majlis menyambut menantu hari ini.

Katanya, dia akan menunggu situasi banjir surut terlebih dahulu dan akan membuat keputusan mengenai majlis menyambut menantu di rumahnya selepas ini.

“Saya akan adakan majlis menyambut menantu itu pada hari lain. Saya tunggu banjir surut sehingga kami semua dapat pulang ke rumah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI