fbpx

LRT terkandas: Inilah pengalaman paling sedih – Leesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN penumpang yang terkandas ekoran gangguan perkhidmatan LRT kelmarin.

PETALING JAYA – Keluar dari pejabat pukul 5.30 petang dan hanya sampai ke rumah pukul 10.15 malam.

Itu pengalaman perit dilalui seorang wanita yang merupakan salah seorang pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid Rail la­luan Kelana Jaya selepas perkhid­matan itu mengalami gangguan pada petang Selasa lalu.

Leesa Veslee, 26, berkata, dia terpaksa berjalan di laluan dipenuhi kenderaan bersama penumpang-penumpang lain selepas diturunkan daripada bas untuk ke LRT Glenmarie.

LEESA

Kata ibu kepada seorang anak berusia dua tahun itu, dia hanya mengetahui mengenai gangguan LRT itu selepas dimaklumkan rakan sekerja.

“Pukul 4 petang dapat tahu tren ada masalah dan sekitar pukul 4.49 petang, saya mula panik. Macam mana hendak balik ke arah Shah Alam kerana kereta saya berada di LRT Ara Damansara dan rumah pula di Puncak Alam.

“Untuk mengambil perkhidmatan p-hailing ke LRT Glenmarie dari pejabat saya di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pula sangat mahal. Saya hanya mengikuti panduan dikeluarkan Rapid KL,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Leesa berkata, dia kemudian menaiki Mass Rapid Transit (MRT) dari Bukit Bintang ke Pasar Seni dan mahu mengambil bas ke Lembah Subang, namun pengangkutan tersebut hanya tiba kira-kira satu jam setengah kemudian.

Leesa berkata, buat masa ini dia serik menggunakan pengangkutan LRT dan masalah itu kali pertama terjadi sejak enam tahun menggunakan perkhidmatan berkenaan untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

“Pagi ini (Rabu) saya keluar awal memandu kereta ke pejabat kerana LRT masih bermasalah. Saya juga tumpangkan tiga lagi orang lain yang meminta ban­tuan melalui Twitter,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI