fbpx
Anggota pasukan penyelamat mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di kuala Sungai Kemaman berhampiran Pantai Marina, Kemaman hari ini.

Lagi kes budak lemas di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras di alur sungai Kuala Kemaman berhampiran Pantai Marina di sini hari ini.

Sewaktu kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa, Mohamad Aiman Asyraf Shahrulzaman, 11, yang merupakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Chukai sedang mandi bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya hanya menerima maklumat berhubung kejadian lemas menimpa mangsa pada pukul 4.30 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menetap di Taman Bukit Kuang Sejahtera di sini dikatakan ke lokasi kejadian dengan berbasikal.

“Dia kemudiannya mandi di muara sungai itu bersama dua rakan sekolahnya yang berusia 9 dan 12 tahun,” katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Hanyan berkata, sewaktu Mohamad Aiman Asyraf mandi sungai bersama rakan-rakannya, hujan lebat turun menyebabkan dia dihanyutkan arus deras.

Hanyan berkata, seramai 50 anggota pelbagai agensi penyelamat telah dikerah untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau aktiviti anak-anak dan tidak membenarkan anak bermain air dalam cuaca tidak menentu pada masa ini.

“Ini kejadian lemas melibatkan kanak-kanak yang kedua dilaporkan di daerah ini dalam tempoh dua hari,” katanya.

Kosmo! hari melaporkan Mohammad Aman A. Suhimi, 9, maut akibat dihanyutkan arus deras sewaktu mandi di alur sungai berhampiran Kampung Batu 9, Ibok di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN